My Account
Kemaskini Profile & Bank Info
Untuk kemaskini profile dan info bank, klik My Account pada akaun Public Gold anda selepas log masuk.
Kemaskini 1
Butiran Peribadi
- Untuk kemaskini butiran peribadi, sila klik UPDATE PROFILE.
- Isi semua maklumat yang masih tidak lengkap.
- Semua maklumat wajib diisi kecuali yang dinyatakan sebagai OPTIONAL.
- Untuk Occupation dan Industry, jika tidak berkenaan, pilih “OTHERS”.
- Untuk Company Name, jika tidak bekerja, tuliskan “TIDAK BERKENAAN”.
- Untuk ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas, sila upload gambar kad pengenalan yang jelas pada ruangan CHOOSE FILE — gambar hadapan kad pengenalan pada choose file pertama dan gambar belakang kad pengenalan pada choose file kedua.
- Untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, sila upload gambar hadapan dan belakang surat beranak anda.
- Selepas selesai, klik request TAC dan TAC NUMBER akan dihantar melalui WhatsApp ke telefon anda.
Kemaskini 2
Butiran Bank Info
- Untuk kemaskini maklumat bank, sila klik UPDATE BANK INFO.
- Isi semua maklumat bank anda kecuali BANK SWIFT CODE — ruangan ini dikosongkan sahaja.
- Untuk bank akaun ID, masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Untuk bank attachment, masukkan penyata akaun anda. Penyata akaun perlu mengandungi bank header (logo bank), nama pemegang akaun dan nombor akaun bank.
- Penyata akaun boleh didapati melalui online banking anda seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan sebagainya.
- Untuk kanak-kanak bawah 18 tahun, sila masukkan maklumat bank ibu atau bapa atau penjaga yang didaftarkan. Untuk urusan jualan emas, wang hasil jualan akan dimasukkan ke akaun penjaga yang didaftarkan.
- Selepas selesai, sahkan kemaskini menggunakan TAC yang dihantar melalui WhatsApp.
Kemaskini profile dan bank info wajib lengkap sebelum sebarang tuntutan, penjualan atau pajakan emas.